Majlis angkat sumpah Dun Perak dicemari perang mulut
Sat | Apr 26, 08 | 1:50:07 pm MYT |
|
|
IPOH, 26 April (Hrkh) - Majlis angkat sumpah serta menandatangani surat sumpah jawatan oleh 59 orang Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, dekat sini semalam dicemari perang mulut di antara Adun Pakatan Rakyat dengan Adun Barisan Nasional (BN). Perang mulut berlaku selama kira-kira satu jam itu hampir mengeruhkan istiadat angkat sumpah tersebut, namun ia berjaya diatasi dengan penuh sopan santun serta bijaksana oleh Setiausaha Dewan Negeri, Abdullah Bin Antong Sabri. Insiden bermula apabila BN mencadangkan Dato' Junus Wahid sebagai Yang Dipertua Dewan, tetapi ia telah dibantah oleh Pakatan Rakyat kerana ketika usul itu dibuat bekas Yang Dipertua Dewan itu tidak ada di dalam Dewan.
Setelah pengiraan dibuat, Adun Tronoh (DAP) V Sivakumar a/l Varatharaju dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan, sementara Adun Jelapang (DAP) Hee Yit Foong (DAP) dipilih menjadi timbalannya.
|
Di Peti dari : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14126&Itemid=101

