Majlis Jamuan Mesra Rakyat
Klang , 27 April 2008. Ahli Parlimen Kapar Y B Sdr S Manikavasagam mendapatkan Majlis Jamuan Mesra Rakyat sempena kemenangan beliau dalam pilihanraya ke12 pada 8 Mac 2008 lepas.
Majlis yang meriah ini di hadiri hampir 5,000 Masyarakat berbilang lapis dan pemimpin dari Pakatan Rakyat dan
pembangkang.
Antara Tetamu yang menghadiri Majlis tersebut ialah :
a) Y B Sdr Nik Nazmi Nik Ahmad , Ahli DUN Seri Seti merangkap Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor dan selaku wakil Y A B Menteri Besar Selangor.
b) Y B Dr Xavier Jeyakumar, Exco Kerajaan Negeri Selangor
c) Y B Sdr N Gopalakrishnan ,Ahli Parlimen Padang Serai
d) Y B Dr Abdul Rani Othman, ADUN Meru
Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran Bekas Ahli Parlimen Kapar Dato' V Govindaraj dan Dato V L Kandan, Adik mendiang Tan Sri V Manickavasagam (President MIC).
Pelbagai hiburan meliputi semua masyarakat juga di sajikan oleh Penduduk Kapar.
Y B Sdr S Manikavasagam mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk Kapar sambil berikrar memperjuangkan nasib mereka.
Lihat Video Aktiviti beliau sejak pemilihan sebagai Ahli Parlimen. Click Icon YouTube


