Monday, March 24, 2008

Exco selesai, S'gor belum lantik TMB

Exco selesai, S'gor belum lantik TMB
Mar 24, 08 12:23pm


Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Selangor, tidak termasuk menteri besar, mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

bm version selangor state exco 2008Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.


Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.


Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim tidak hadir di majlis angkat sumpah hari ini. 

Ketika ditanya mengenainya, Teresa berkata, Teng dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina semalam, bahawa beliau tidak menerima jemputan menghadiri upacara tersebut.


Malaysiakini
difahamkan, Teng bakal dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Ditanya sama ada penyokong Teng tidak akan puashati, Teresa berkata ia bergantung kepada reaksi Teng. 


Turut menghadiri upacara tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seperti laporan Malaysiakini minggu lalu, komposisi ahli exco yang dilantik hari ini adalah empat dari PKR, tiga dari DAP dan tiga dari PAS. 

Posted by Manikavasagam at 19:17:31 | Permanent Link | Comments (0) |
Comments
Write a comment