Saturday, May 17, 2008

NEW BLOG



KINDLY VISIT MY NEW BLOG AT:

WWW.MPKAPAR.COM
Posted by Manikavasagam at 01:02:57 | Permanent Link | Comments (0) |

Thursday, May 15, 2008

MOVING OUT

DEAR FRIENDS,

WE ARE IN PROCESS OF UPGRADING THIS BLOG.
BEAR WITH US FOR MORE HOT NEWS TO COME.

REGRET FOR THE INCONVENIENCE CAUSED.

YOU MAY STILL WRITE TO ME thru email: mpkapar@gmail.com

THANK YOU
Posted by Manikavasagam at 17:45:46 | Permanent Link | Comments (0) |

Friday, May 09, 2008

KELEKAAN KERAJAAN PUNCA KEBAKARAN SEKOLAH





Bantuan kecemasan di hulurkan oleh YB Sdr S Manikavasagam , ADUN Meru YB Dr Rani , Tuan Hj Bakir kepada Penolong Guru Besar Sekolah.


KAPAR ,7hb Mei 2008  - Kebakaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Jalan Acob, Kapar  berlaku akibat kelekaan pihak pegawai kerajaan terutamaanya oleh Kementerian Pelajaran.


Adalah difahamkan bahawa pihak sekolah telah membuat aduan bertubi –tubi mengenai kerosakan pendawaian elektrik tersebut pada tahun 2007. Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya telah membuat pemeriksaan dan menganggarkan perbelanjaan sebanyak RM 45,000.00 pada bulan Okt 2007.


Walau bagaimanapun tidak ada sebarang tindakan membaiki kerosakkan tersebut di ambil kerana peruntukan daripada Kementerian Pelajaran tidak disalurkan seperti di tuntut oleh Jabatan Kerja Raya.
 

Sikap kelekaan Kementerian Pelajaran telah menyebabkan kerujian lebih besar kepada sekolah yang mungkin menelan beratus ribu untuk di baiki. Selain dari itu, anak murid Negeri Selangor yang MAJU terpaksa berkongsi kelas atau belajar di bawah pokok.


Apakah akan terjadi sekiraanya kebakaran tersebut berlaku seketika anak-anak murid  sedang belajar di bilik darjah tersebut.
Pihak yang terbabit masih tidak mengendahkan kejadian ini, kerana ianya Sekolah Tamil. Mereka masih mengkaji samada sekolah bantuan penuh atau sekolah modal sebelum bantuan di salurkan.


Harap pihak yang terbabit melihat masa depan anak-anak murid ini sebagai antara Anak Malaysia yang bakal mengunjungnya ke puncak.


Jangan kelekaan ini diteruskan seperti yang terjadi kepada SJK Tamil Tepi Sungai ,Klang sehingga Kandang Kuda di jadikan tempat pembelajaran. Peruntukan untuk hanyanya di mulut pemerintah.

Posted by Manikavasagam at 14:54:50 | Permanent Link | Comments (2) |

Saturday, May 03, 2008

Ketua pembangkang gesa bebaskan tahanan ISA

Ketua pembangkang gesa bebaskan tahanan ISA Cetak E-mail
Oleh Bernama   
Khamis, 01 Mei 2008

KL: Ketua pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah (PKR-Permatang Pauh) sekali lagi menggesa kerajaan membebaskan tanpa syarat kesemua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau membicarakan mereka dalam mahkamah terbuka.


Beliau berkata sejak digubal pada 1960, ISA telah menjadi alat paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa bicara.


"Akta ini telah menyekat kebebasan individu, meningkatkan kuasa eksekutif, melemahkan kuasa mahkamah dari menyemak sebarang ketidakadilan dan menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia.


"Sejak ISA diperkenalkan, sejumlah 10,711 orang menjadi tahanan di bawah akta itu," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.


Wan Azizah berkata pada masa ini terdapat 70 orang lagi yang masih ditahan mengikut akta berkenaan di kem tahanan Kamunting, di Taiping.


Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) pula berkata Malaysia tidak perlu lagi mempunyai akta seperti itu sekiranya kerajaan benar-benar mengamalkan sistem demokrasi.


"ISA diwujudkan semasa negara menghadapi ancaman darurat tetapi sehingga kini selepas negara merdeka, akta itu masih diteruskan...ini tidak perlu," katanya.


Beliau berkata jika akta itu terus digunakan, ia seolah-olah menggambarkan negara ini bukan berada dalam keadaan stabil dan aman.


Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) sebaliknya berkata ISA perlu diteruskan bagi menjamin keselamatan dan kestabilan negara tidak tergugat, terutamanya memandangkan Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk.


Dewan ditangguh sehingga Isnin.

Posted by Manikavasagam at 00:43:45 | Permanent Link | Comments (0) |