Thursday, March 27, 2008

MB Ke Pulau Ketam



Mar 27, 2008 :  Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim mengadakan Lawatan
Ke Pulau Ketam pagi ini bagi menginjau masalah kekurangan bekalan elektrik yang sering di hadapi oleh penduduk pulau tersebut.

Turut serta bersama Menteri Besar ialah Ahli Parlimen Kapar Y B Sdr S Manikavasagam , Exco- Exco Kerajaan Negeri
Y B Dr Xavier Jeyakumar ( Sri Andalas) , Y B Dr Halimah Ali (Selat Klang) dan Y B Sdr Ronnie Liu (Pelabuhan Klang).

Pegawai Tenaga Nasional Berhad memberi taklimat mengenai masalah di hadapi kepada rombongan tersebut dan cadangan membina Stesen berkuasa tinggi.








Posted by Manikavasagam at 20:43:28 | Permanent Link | Comments (0) |

Monday, March 24, 2008

Lagi desakan bebaskan pemimpin Hindraf

Lagi desakan bebaskan pemimpin Hindraf
Mar 24, 08 4:53pm
Menteri Dalam Negeri yang baru, Datuk Seri Syed Hamid Albar terus didesak supaya membebaskan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

bm lima tahanan hindrafMereka yang meringkuk di Kem Tahanan Kamunting di Taiping ialah M Manoharan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar.

Semuanya ditahan pada 13 Disember selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Kali ini gesaan tersebut dibuat oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi, Datuk Param Cumaraswamy yang merupakan bekas pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kebebasan hakim dan peguam.

Gesaan itu terkandung dalam surat terbukanya kepada menteri berkenaan hari ini.

Sebelum ini, gesaan yang sama dibuat oleh pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan penolong setiausaha parti Gerakan Wilayah Persekutuan, K K Supmaniam serta Presiden Hindu Sangam Malaysia, Datuk A Vaithilingam.



Semak semula arahan


Menurut Param, salah satu tugas tugas utama Syed Hamid selaku Menteri Dalam Negeri yang sangat penting dalam kerajaan, ialah menyemak semula arahan yang dibuat pada 12 Disember 2007 terhadap lima pemimpin Hindraf tersebut dan membebaskan mereka tanpa syarat.

"Mereka ditahan tanpa bicara di bawah 8(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 untuk menghalang mereka daripada bertindak dalam bentuk yang membahayakan keselamatan Negara," katanya dalam surat tersebut.

param cumaraswamyParam berkata, keputusan pilihanraya umum dua minggu lalu hendaklah dilihat sebagai menyangkal apa juga syak wasangka kerajaan terhadap mereka pada masa mereka ditahan.

"Perjuangan Hindraf kini telah menjadi sebahagian daripada perjuangan MIC dalam kerajaan dan juga di pihak pembangkang.

"Malah, seorang daripada mereka, M Manoharan, telah dipilih oleh pengundi di Kota Alam Shah sebagai wakil rakyat mereka di Dewan Undangan Negeri Selangor.

"Itu harus diterima sebagai satu mesej yang jelas bahawa para pengundi tidak menganggap beliau sebagai ancaman kepada keselamatan negara. Jadi jelas, tiada lagi sebarang justifikasi untuk terus meletakkan dalam tahanan," kata Param lagi.

Tegak keadilan

Dalam pilihanraya umum, Manoharan yang bertanding atas tiket DAP di kerusi DUN Kota Alam Shah di Selangor dan menang dengan majoriti 7,184 undi.

Beliau mendapat 12,699 undi untuk menewaskan calon BN-Gerakan, Ching Su Chen yang memperolehi 5,515 undi.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dilaporkan telah melaksanakan program yang berani untuk memperbaiki keseluruhan sistem penyampaian kebebasan keadilan di negara ini yagn begitu mustahak untuk melindungi perintahan undang-undang.

"Berasaskan kepada pengalaman luas Datuk sebagai Menteri Luar dan sudah biasa dengan program-program PBB dalam mempromosi hak asasi manusia dan pemerintahan undang-undang, pastinya anda tanpa tanpa ragu-ragu sependapat bahawa penahanan tanpa bicara melanggar prinsip pertama dalam pemerintahan undang-undang," tegas Param.

Oleh itu, tambahnya, demi keadilan dan mengukuhkan lagi harmoni dan integrasi kaum di negara ini, beliau menggesda Syed Hamid supaya menyemak semula arahan tersebut dan membebaskan pemimpin Hindraf terbabit agar mereka dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.

"Dan ia juga membolehkan Manoharan berkhidmat kepada para pengundinya di Kota Alam Shah, secara berkesan," tegasnya

Sumber : Malaysiakini.com
Posted by Manikavasagam at 19:21:13 | Permanent Link | Comments (0) |

Exco selesai, S'gor belum lantik TMB

Exco selesai, S'gor belum lantik TMB
Mar 24, 08 12:23pm


Sepuluh anggota exco kerajaan negeri Selangor, tidak termasuk menteri besar, mengangkat sumpah di Istana Bukit Kayangan pagi tadi.

bm version selangor state exco 2008Bagaimanapun, menurut Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, buat masa ini, timbalan menteri besar belum dilantik lagi.


Sementara itu, Teresa Kok memberitahu pemberita, beliau telah dilantik sebagai exco kanan yang dipertanggungjawabkan dengan portfolio pelaburan, perindustrian dan perdagangan.


Manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pinang, Teng Chang Khim tidak hadir di majlis angkat sumpah hari ini. 

Ketika ditanya mengenainya, Teresa berkata, Teng dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina semalam, bahawa beliau tidak menerima jemputan menghadiri upacara tersebut.


Malaysiakini
difahamkan, Teng bakal dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Ditanya sama ada penyokong Teng tidak akan puashati, Teresa berkata ia bergantung kepada reaksi Teng. 


Turut menghadiri upacara tersebut ialah bekas menteri besar Selangor, Datuk Sri Dr Mohd Khir Toyo; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Seperti laporan Malaysiakini minggu lalu, komposisi ahli exco yang dilantik hari ini adalah empat dari PKR, tiga dari DAP dan tiga dari PAS. 

Posted by Manikavasagam at 19:17:31 | Permanent Link | Comments (0) |

Sunday, March 23, 2008

Contact Information


Below is the contact details of Key Personnel of Y B S Manikavasagam's office :
Berikut adalah nombor telefon Kakitangan Utama Pejabat Y B S Manikavasagam:

1. Y.B S Manikavasagam 
    Member of Parliment Kapar (Ahli Parlimen Kapar)
    Mobile : +6016 265 9511

2. Mr M Telai Ambalam
    Personal Secretary (Setiausaha Sulit) 
    Mobile :  +6016 220 2725

3. Mr M Shanmugam 
    Political Secretary ( Setiausaha Politik)
    Mobile : +6019 265 4572

Email : mpkapar@gmail.com
     
Members of Public is advised to contact them directly for immediate action.
Posted by Manikavasagam at 12:17:44 | Permanent Link | Comments (0) |

'Kilang wang' baru Mat Taib

Oleh Mohd Sayuti Omar   
Sabtu, 22 Mac 2008

MUNGKIN bagi mereka yang jahil mengenai liku-liku dan sepak terajang politik Umno merasa hairan dan teronggak-conggak sendiri bagaimana Muhammad Mohd Taib yang sudah hampir menjadi najis dalam Umno tiba-tiba boleh kembali semula dan mendapat kedudukan istimewa dalam parti Melayu itu. Siapa pun tidak terfikir bagaimana Abdullah Ahmad Badawi pelopor Islam Hadhari boleh menerima semula Muhammad! Apakah itu type Islam Hadhari?

Semua orang tahu dosa dan kesalahan Muhammad Taib. Dosanya bukan setakat mencuri tetapi 'merompak' dan 'melanun'. Peristiwa beliau ditahan di lapangan terbang Brisbane, Australia tahun 1986 masih segar dalam ingatan.
Suatu perbuatan tidak masuk akal telah dilakukan oleh bekas MB Selangor itu di lapangan terbang berkenaan bila mana beliau ditahan atas kesalahan membawa wang yang tidak istyharkan sebanyak RM2.4 juta.

Beliau telah membawa RM2.4 juta dalam sebuah guni dan ditahan di lapangan terbang berkenaan. Bayangkan betapa banyak wang beliau kalau wang dimasukkan dalam guni macam orang kampung bawa rambutan pula lagaknya.

Menurut ceritanya wang itu bukan kepuanyaannya tetapi kepunyaan adiknya? Adapun wang itu dibawa ialah untuk urusan pembelian ladang 'kerbau' di sana?


Kotor dan cemar

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16 juta, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.
Riwayat dan latar belakang Muhammad Taib sungguh kotor dan cemar. Kekalahan dan kegagalan beliau mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno juga ada sangkut paut dengan peristiwa berkenaan. Begitu juga rasa hormat Dr Mahathir kepada Muhammad Taib berpunca daripada kejadian itu di mana menyebabkan jawatan Muhammad Taib digantung kemudian jawatan MB Selangor dipecat.

Diri dan rupa Muhammad Taib sungguh comot. Tidak siapa boleh memikirkan beliau boleh kembali semula dalam kloni Umno. Mungkin kalau selagi Dr Mahathir menjadi presiden Umno Muhammad tidak akan dapat merangkak ke dalam Umno. Muhamamd adalah barang terbuang di zaman Dr Mahathir yang dipunggut semula dizaman Abdullah.


Beliau hanya berjaya memulihkan diri dan kembali ke dalam inner cirle Umno apabila Abdullah jadi presiden dan perdana menteri. Sikap Abdullah ini sungguh menghairankan. Apakah kerana beliau (Abdullah) terdesak untuk membentengkan kedudukannya maka orang seperti Muhammad Taib itu pun diguna pakai? Kalau pun terdesak masakan najis pun sanggup diletakkan di atas sejadah!

Dalam pada itu ada juga orang mengira penerimaan Muhammad itu kerana ketulusan dan baik budi Abdullah Badawi. Kononnya Abdullah seorang pemaaf dan baik hati sesuai dengan latar belakang dirinya sebagai berketurunan ulama.

Benarkah begitu? Sebenarnya tidak semudah itu orang yang bercepuah dengan dosa untuk kembali semula dalam sesebuah perjuangan sesuci Umno! Tidak tahulah kalau Umno dapat menerima orang yang kotor di sebabkan wadah itu sendiri kotor dan berbau. Kebusukan Umno kini bukan saja nilai demokratik dalam parti itu susut tetapi ia diburukan lagi oleh watak-watak antogis yang liar dan rendah moral yang berlambak di dalamnya.


Jawatan dibeli

Menurut seorang menteri, Muhammad Taib membayar 'kemasukannya' semula dalam Umno itu dengan harga yang mahal. Beliau dikatakan telah menderma kepada Umno sebanyak RM10 juta. Selepas beliau bermurah itulah beliau dilantik menjadi Ketua Penerangan, kemudian diikuti dengan Senator. Dalam erti kata lain jawatan dan kedudukan yang dimiliki hari ini dibeli.


Sekiranya turur menteri wanita berkenaan benar, berapakah pula Muhamamd Taib derma untuk mendapat kerusi Menteri Pembangunan Luar Bandar yang diterimanya kelmarin. Kalau untuk jawatan Ketua Penerangan bernilai RM10 juta mungkin kerusi menteri 10 kali ganda daripada itu. Soal wang tidak menjadi masalah kepada Muhammad Taib.

Kalau beliau boleh membayar denda mutaah kepada bekas isterinya Tengku Zahariah (Ku Yah) sebanyak RM16 juta, apalah sangat wang sebanyak RM100 juta sedangkan dengan jawatan yang dibeli itu beliau boleh membina super kilang wang yang baru.


Daripada sinerio itu maka jelaslah bahawa sesiapa yang memiliki wang banyak, mereka boleh membeli dan membidal apa saja kedudukan didalam Umno. Bukan saja setakat artis, model, bintang filem atau jawtaan menteri, tetapi jawatan Perdana Menteri juga boleh dibeli.


Wang kini menjadi kuasa utama dalam Umno bukannya undi daripada ahli. Suara ahli sudah lama dilupuskan oleh kuasa wang atau sistem-sistem pengkuotaan untuk bertanding sesuatu jawatan. Kalau Umno yang ditangani oleh orang seperti Abdullah yang diwar-warkan sebagai cucu ulama, apalah lagi kalau Umno dikuasai oleh orang seperti Najib Razak anak bangsawan yang tidak mempunyai latar belakang ulama, keadaannya tentulah lebih parah.

Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk jadi PM sediakan wang sebanyak mungkin. Air liur dan idealisme sudah tidak laku lagi dalam Umno hari ini. Dan kalau kedekut dan bakhil untuk mengeluarkan wang jangan mimpi usahkan hendak menduduki jawatan itu hendak mendapat pencalonan pun sukar!


Sumber : http://klpos.com/v2/index.php?option=com_content&task=view&id=790&Itemid=0
Posted by Manikavasagam at 11:25:29 | Permanent Link | Comments (0) |
1 2